Friday 26 September 2014

Telur Oh Telor....

Assalammualaikum dan Salam Jumaat......

Cuaca panas terik hari nie...sambil2 tak der customer nie saya berkesempatan update blog..
Baru2 nie Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) menasihatkan pengguna agar berhati
hati ketika membeli telur ayam...
Ini kerana sudah terdapat TELUR TIRUAN berada dipasaran malaysia...

Menakutkan erkk..sebab kandungan telur tiruan nie mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Berikut Cara nak mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Lom layan gambar....







hehehhehehehe....





4 comments:

  1. done follow..
    biaq betuii nie,dah la khaty ngan anak2 suka makan telur...

    ReplyDelete
  2. kannn...
    maybe lom sampai pat kita lagi...
    tapi kena berhati2 laa..sebab sekarang nie apa2 pon boleh berlaku..

    ReplyDelete
  3. rasa mcm penah mkn la yellow yolk kuning mcm tu ..uhuhu
    telur pun tiruan
    aiyak

    ReplyDelete