Friday 14 November 2014

6 Petua Mudah AWET MUDA....

Assalammualaikum & Selamat petang Jumaat...
Kali nie saya akan kongsikan lagi petua untuk AWET MUDA...
Dari buku yang saya simpan dan selalu buat rujukan...




AWET MUDA ( untuk wajah )

1) Selepas bangun tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat 3 kali. Amalkan setiap hari, In sha Allah muka anda akan berseri-seri dan kekal awet muda.

2) Gunakan jari telunjuk kedua2 belah tangan dan letakkan di dagu. Pusing-pusingkan jari kepipi...kehidung dan seterusnya kedahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. Perlu di ingat jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana akan mempercepatkan proses kedutan.

3) Gambir ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Setelah itu bilas dengan air, lakukan dua hari sekali sehingga kulit halus.

4) Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan limau kasturi, madu lebah pekat dan juga sebiji telur ayam kampung. Gaulkan sehingga sebati dan minum sehingga habis. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

5) Pujuk gajus yang telah dibersihkan dimakn begitu sahaja sebagai ulam atau di minum air rebusannya..

6) Makan daun pudina mentah setiap hari, jadikan sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan selalu..


Antara petua yang saya amalkan dan pernah buat ialah no 1. senang jee kannn... dan no5....kalau kat kampung senang nak dapatkan pucuk gajus nie...sedap buat ulam...

OK...Selamat mencuba yer kengkawan...



Thursday 13 November 2014

Pantai menarik sekitar Johor Baru (Part 2)

Assalammualaikum....salam sejahtera...
Sebagaimana yang saya janjikan untuk kongsikan pantai2 menarik di sekitar johor baru..
Ini juga antara tempat2 yang saya suka sebab pantai yang cantik...

Pantai Pasir Lanun...Mersing johor..
Untuk sampai ke pantai nie perlu melalui pantai penyabung
Dalam entri yang lepas ada pantai tu...
Jalan tak berapa cantik...jalan tanah biasa..
Kira2 5-7minit dah boleh sampai dari pantai penyabung...











Fishing Bay Beach Resort
Terletak di mersing sebelum sampai air papan...
Lokasi memang cantik...
Ada juga disediakan kemudah untuk memancing...









Ok tempat seterusnya ialah Pantai Balau
Ianya 8km dari pantai desaru...
Bila Public Holiday...pantai nie memang dipenuhi pengunjung...
Masuk free...kemudahan tandas yang memuaskan hati..bersih..
Hati2 juga ketika mandi disini kerana banyak kejadian mati lemas...
Walaupun hakikatnya nampak keadaan pantai yang landai...
Kerana Ombak laut datang adakalanya secara mengejut...






Sejujurnya banyak2 pantai yang saya kunjungi...pantai tg balau lah yg saya tak pernah mandi...entah kenapa saya hanya suka duduk sambil rehat atau main2 air laut ditepi pantai saja...


Friday 7 November 2014

Strawberry Banana Ice POPs....



Senang dan cepat....sedap lagi...makan ketika cuaca panas....hurmmmm..

Bahan2 nyerr...

Banana
Strawberry
stick
Yogurt
Sirap
( * boleh juga tukar buah2an lain..)





Wednesday 5 November 2014

Pantai yang menarik sekitar Negeri JOHOR...(part 1)

Entri kali nie saya nak share pantai-pantai yang menarik di sekitar Johor...
Banyak kali juga saya kesini sebab saya memang suka suasana pantai yang menenangkan
fikiran dan menghirup udara segar...

Lokasi pertama...
Pantai Penyabung Mersing...Gambar diambil ketika air pasang....
Terdapat dua penginapan disini...Endau beach resort dan chalet Pantai penyabung resort...




Lokasi kedua...
Pantai Sungai Buluh....TG.Sedeli..Kota Tinggi..
Gambar diambil ketika air surut...



Lokasi ketiga..
Pantai Batu Layar...Kota tinggi..
Gambar diambil ketika saya dan suami berkhemah....




Lokasi Keempat...
Pantai di Pulau Sibu...Mersing...
Masa nie pegi ala2 honeymoon...heheheheh...
Suka sangat pantai nie...Air cantikk..










Okay gambar2 nie jee yang ada kat pc rupanya...
Nanti saya share lagi gambar2 lain yang belum diupload dalam pc..
Pantai bagi saya adalah tempat untuk merehatkan minda dan lari seketika dari suasana kesesakan bandar..