Friday 14 November 2014

6 Petua Mudah AWET MUDA....

Assalammualaikum & Selamat petang Jumaat...
Kali nie saya akan kongsikan lagi petua untuk AWET MUDA...
Dari buku yang saya simpan dan selalu buat rujukan...




AWET MUDA ( untuk wajah )

1) Selepas bangun tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat 3 kali. Amalkan setiap hari, In sha Allah muka anda akan berseri-seri dan kekal awet muda.

2) Gunakan jari telunjuk kedua2 belah tangan dan letakkan di dagu. Pusing-pusingkan jari kepipi...kehidung dan seterusnya kedahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. Perlu di ingat jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana akan mempercepatkan proses kedutan.

3) Gambir ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Setelah itu bilas dengan air, lakukan dua hari sekali sehingga kulit halus.

4) Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan limau kasturi, madu lebah pekat dan juga sebiji telur ayam kampung. Gaulkan sehingga sebati dan minum sehingga habis. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

5) Pujuk gajus yang telah dibersihkan dimakn begitu sahaja sebagai ulam atau di minum air rebusannya..

6) Makan daun pudina mentah setiap hari, jadikan sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan selalu..


Antara petua yang saya amalkan dan pernah buat ialah no 1. senang jee kannn... dan no5....kalau kat kampung senang nak dapatkan pucuk gajus nie...sedap buat ulam...

OK...Selamat mencuba yer kengkawan...