Thursday 25 September 2014

Awas Pada Yang Suka Makan Sushi...




  • Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal 
  • Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita 
  • Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya 
  • Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi

China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak.

sumber : www.dailymail.co.uk

Cendol Top Mak Siti Jln Pontian...

Disebabkan hujan lebat awal malam nie...saya amek kesempatan tutup kedai cepat...
Heheheheheh...sebab takut lambat sampai umah...yerlah hujan kan kat highway semua
driver  70kmj jeeee...mcm siput...15minit dah siap tutup kedai...ngam2 kul 10pm...
Sampai umah kul 10.45pm lambat jugakkk....
Jadinya ada masa nak update blog...

OK....citer kali nie nak share CENDOL MAK SITI kat jln nak menuju pontian..
Kalau dari Skudai sebelum sampai PUSAT TAHANAN REMAN...
akan nampak signboard cendol kecik2 dengan tulisan warna merah...

Dah tiga empat kali jugak pekena cendol MAK SITI nie...
Kalau tengahari sampai petang memang ramai orang....
Harga rm2.00 sebungkus...manis giler....isi pon memang ok...
Ada pilihan cendol biasa dan cendol pulut..nak campur dua2 pon boleh...
Masa beli nie bungkus jee..sebab nak bawak kerumah kakak ipar....

Jom Layan gambar plak....

Signboard yang simple

Dah pkl 5 lebih pon ada org lagi...

antara deretan kereta termasuk keta saya...sebelah kiri tak sempat amek gambar sebab org dok perati jeee...hehehehe


Memang bersih...tak kotor...selain penjual yg peramah...


Satu Malaysia yer yg minum cendol MAK SITI...hehehehhehe

3bungkus jeee...hehehhhe

OK....tu jee entri kali nie...