Monday 27 October 2014

10 Cara untuk cantikkan kulit wajah.

Assalammualaikum...

Dah lama buku nie saya beli dan banyak petua2 yang bagus untuk di kongsikan bersama...
Antara petua yang saya akan kongsikan untuk entri kali nie ialah tentang melicinkan kulit...
Boleh cuba mana2 yang anda rasa senang yer...
Sebenarnya banyak petua dalam buku nie....untuk petua2 yang lain tu jika ada kelapangan masa akan saya kongsikan lagi...



Buku ini diselenggarakan oleh SITI AISYAH HUSSEIN keluaran ALAF 21...
Antara petua2 yang nak saya kongsikan...

1) Campurkan tepung pulut dan air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokan harinya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali. ( saya pernah buat tapi hanya untuk dua jam jee...lepas tu cuci muka...memang rasa kulit licin & lembut )

2) Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Cuci dengan air suam...lakukan setiap hari.

3) Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

4) Kupas sebiji sengkuang dan kisar bersama kunyit hidup dan beras yang telah direndam selama dua hari, Sapukan pada muka setiap hari.

5) Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum airnya setiap pagi. Lakukan selalu untuk mendapatkan kulit yang licin. ( kalau saya...saya suka mkn tomato cam tu jeee....)

6) Setiap kali mandi gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam...

7) Sapukan putih telur pada muka...buat macam masker. Biarkan kering dan anda tak digalakkan bercakap atau ketawa. Selang 30 minit cuci muka dengan air suam...hasilnya kulit akan lembut dan licin. ( yang nie pon saya rajin buat dulu2...heheheheh)

8) Ambil kanji nasi yang sedang mendidih..agak2 dah suam2 sapukan pada muka. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari..

9) Parut sebiji tomato yang cukup masak, gosokkan pada muka dan leher. Getah tomato boleh menghilangkan kesan2 parut dan bekas jerawat. Biarkan 20 minit kemudian cuci dengan air bersih..
( pernah buat jugak tapi kulit jadi gatal2...maybe tak serasi...)

10) Rendam segenggam kacang hijau semalaman...esoknya jemur hingga kering. Kemudian kisar hingga menjadi tepung. Bancuh dengan sedikit air dan sapukan kemuka. Pakai seperti memakai bedak sejuk. Biarkan hingga pagi dan baru cuci. Guna hanya pada waktu malam.

ok...Selamat mencuba...


3 comments:

  1. salam ,
    singgah sini , saya tak der fesbook , so drophere , menand dari contest :
    3000 followers giveaway by nadratul syazwana,
    nama penuh : FATIMAH BINTI MOHD RASYID,
    address : NO.15 JALAN BR 8 TAMAN BUKIT RAMBAI , 75250 MELAKA
    tel no : 0108890789

    *aepasang fabric brooch & hair clip by Annie de Yantie
    peserta no.54

    terima kasih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok hadiah akan di poskan minggu hadapan...
      Thanks yer singgah sini

      Delete
    2. hadiah dah sampai dengan selamat ditangan sya ;)
      petang khamis 11/12/2014
      terima kasih penaja sbb sudi taja hadiah super adorable dan cute suka sangat ;)

      Delete